About Me

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
freelancer : concept design.space planning.3D. graphic.id.architecture.landscape. art painting email: myyaarc@yahoo.com mobile no : +60179510905 Quotes: ‎"Keep doing what you love to the best of your ability. Stop judging and get out of your own way." Anything, feel free to ask me ! :)

Monday, November 3, 2008

INDAHNYA BAHASA

Sumber : Halaqah

1.Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir
itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

2.Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

3.Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."

4.Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan
perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah mencapai matlamatnya
.
5.Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: · Hatinya selalu berniat suci · Lidahnya selalu basah dengan zikrullah · Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) · Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah · Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.